Blogger news

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelerasan Seminar Kajian Tindakan akan diadakan pada Rabu 22 Mei 2013 bertempat di Unit Kurikulum JPNS. Harap maklum.

Friday 22 March 2013

KASTEK-Hebahan dan Jemputan


Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan menganjurkan Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Sekolah-sekolah Negeri Sembilan (KASTEK) untuk memilih pasukan terbaik bagi mewakili Negeri Sembilan ke Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Kebangsaan. Karnival peringkat Negeri Sembilan diadakan pada 1 hingga 3 Julai 2013 bertempat di SMK Kg.Baru SiRusa dan SK Kg. Baru SiRusa, Port Dickson.
Antara pertandingan yang akan dipertandingkan ialah:
  1. Pertandingan Saintis Muda Sekolah Rendah
  2. Pertandingan Saintis Muda Sekolah Menengah
  3. Pertandingan Bercerita Sains Sekolah Rendah
  4. Pertandingan Eureka REE Sekolah Rendah
  5. Pertandingan Solar Car Race Sekolah Menengah
  6. Pertandingan Solar Bat Race Sekolah Menengah
  7. Pertandingan Efficiency Energy Cooking Sekolah Menengah
  8. PertandinganTeknologi Pelancaran Roket Sekolah Menengah 
  9. Pertandingan Inovasi Sains dan Kejuruteraan Sekolah Menengah
  10. Pertandingan Fotografi Saintek untuk Tingkatan 6
  11. Pertandingan Robotik Kategori Terbuka Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
Sekolah-sekolah Negeri Sembilan dipelawa menyertai pertndingan-pertandingan yang dianjurkan sebagai usaha memupuk dan meningkatkan minat murid-murid terhadap bidang Sains dan Teknologi.

Semua syarat dan peraturan  pertandingan boleh dimuat-turun dari blog http://scientechns.weebly.com/index.html bermula pada 8 April 2013.

Sebarang pertanyaan berkaitan ini, sila hubungi Encik Ab. Hamid bin Hj. Omar, Ketua Unit Kokurikulum, JPNS di talian 013-687 1832 atau Puan Zainab Abu Kassim di talian 06-764 7660 atau 013-332 0036. 

0 comments:

Post a Comment