Blogger news

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelerasan Seminar Kajian Tindakan akan diadakan pada Rabu 22 Mei 2013 bertempat di Unit Kurikulum JPNS. Harap maklum.

Friday 19 April 2013

Petrosains Science Show Competition 2013

Pertandingan Pertunjukan Sains Petrosains atau Petrosains Science Show Competition Tahun 2013 anjuran Petrosains Sdn Bhd bagi kali yang keempat akan diadakan dari bulan Jun hingga Julai 2013 peringkat penilaian dan pertandingan akhir pada 26 Oktober 2013 di  KLCC. Petrosains Science Show Competition Tahun 2013 dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Sekolah dan Kategori Terbuka. 

Tarikh tutup untuk kategori sekolah adalah pada 30 Mei 2013. Sekolah-sekolah yang ingin mengambil bahagian boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web Petrosains di http://petrosains.com.my. Surat makluman jemputan penyertaan telah dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan ke semua sekolah. Pegawai meja di adalah Puan Zainab binti Abu Kassim di talian 067653254.


0 comments:

Post a Comment