Blogger news

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelerasan Seminar Kajian Tindakan akan diadakan pada Rabu 22 Mei 2013 bertempat di Unit Kurikulum JPNS. Harap maklum.

Aktiviti Biro ICT dan Komunikasi

Kursus Membina dan Mengurus Laman Blog telah diadakan di PKG Ampangan pada Rabu 6 Mac 2013.

Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi, KASTEK Sekolah-sekolah Negeri Sembilan

Karnival peringkat Negeri Sembilan telah diadakan pada 1 hingga 3 Julai 2013 bertempat di SMK Kg.Baru SiRusa dan SK Kg. Baru SiRusa, Port Dickson.

Aktiviti Biro Lawatan PPSMNS Tahun 2013

Biro lawatan akan mengadakan lawatan pengantarabangsaan ke Korea Selatan pada 3 hingga 8 Jun 2013. Anggaran kos lawatan 6 hari 4 malam adalah RM3750.Pendaftaran telah ditutup.Seramai 22 orang ahli akan menyertai lawatan tersebut.

Aktiviti Biro Kajian Tindakan dan Inovasi

Seminar Kajian Tindakan peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan diadakan pada 27 Jun 2013 bertempat di Politeknik Port Dickson. Sebanyak 21 kajian tindakan akan dibentangkan dalam seminar kali ini.

Selamat Datang ke Laman Blog PPSMNS

Laman ini didedikasikan kepada semua guru dan pencinta Sains dan Matematik tanpa mengira peringkat persekolahan. Ketua Bidang Sains dan Matematik sekolah menengah secara automatik menjadi ahli PPSMNS.

Thursday 17 August 2017

Peraduan Poster National Space Challenge 2017 Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah

Planetarium Negara di bawah Kementeraian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)  dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK) Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan peraduan poster NSC2017 sempena program akhir National Space Challenge Prime Minister's Trophy 2017.



Peraduan poster itu bertemakan United Through Space dan terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia. Peraduan ini bertujuan untuk meningkatkan minat dan kesedaran sains serta mengembangkan imaginasi dan kreativiti murid berkaitan teknologi angkasa dalam kalangan generasi muda melalui medium kesenian. Tarikh tuttup penyertaan adalah pada 31 Ogos 2017.

Maklumat lanjut berkaitan peraduan ini boleh didapati dengan melayari laman sesawang Planetarium Negara iaiatu http://www.planetariumnegara.gov.my

Wednesday 16 August 2017

Karnival Sains, Teknologi dan Matematik (KASTEK) Sekolah-sekolah Daerah Seremban Tahun 2017

Unit Kurikulum, Pejabat Pendidikan Daerah Seremban akan mengadakan Karnival Sains, Teknologi dan Matematik  (KASTEK) peringkat Daerah Seremban dikelolakan bersama SMK Bandar Enstek dan SK Bandar Enstek pada 24 Ogos 2017. 


Acara yang dipertandingkan pada KASTEK 2017 adalah Saintis Muda dan Teknologi Pelancaran Roket (sasaran dan parachute) untuk sekolah menengah manakala untuk sekolah rendah acara yang dipertandingkan adalah Saintis Muda dan Science Story Telling.