Blogger news

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelerasan Seminar Kajian Tindakan akan diadakan pada Rabu 22 Mei 2013 bertempat di Unit Kurikulum JPNS. Harap maklum.

Aktiviti Biro ICT dan Komunikasi

Kursus Membina dan Mengurus Laman Blog telah diadakan di PKG Ampangan pada Rabu 6 Mac 2013.

Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi, KASTEK Sekolah-sekolah Negeri Sembilan

Karnival peringkat Negeri Sembilan telah diadakan pada 1 hingga 3 Julai 2013 bertempat di SMK Kg.Baru SiRusa dan SK Kg. Baru SiRusa, Port Dickson.

Aktiviti Biro Lawatan PPSMNS Tahun 2013

Biro lawatan akan mengadakan lawatan pengantarabangsaan ke Korea Selatan pada 3 hingga 8 Jun 2013. Anggaran kos lawatan 6 hari 4 malam adalah RM3750.Pendaftaran telah ditutup.Seramai 22 orang ahli akan menyertai lawatan tersebut.

Aktiviti Biro Kajian Tindakan dan Inovasi

Seminar Kajian Tindakan peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan diadakan pada 27 Jun 2013 bertempat di Politeknik Port Dickson. Sebanyak 21 kajian tindakan akan dibentangkan dalam seminar kali ini.

Selamat Datang ke Laman Blog PPSMNS

Laman ini didedikasikan kepada semua guru dan pencinta Sains dan Matematik tanpa mengira peringkat persekolahan. Ketua Bidang Sains dan Matematik sekolah menengah secara automatik menjadi ahli PPSMNS.

Tuesday 27 August 2013

Kursus Pemantapan Pedagogi Guru Matematik Tingkatan 4/5 Sekolah-sekolah Negeri Sembilan

Sekotor Pengurusan Akademik Jabatan pelajaran Negeri Sembilan akan mengadakan Kursus Pemantapan Pedagogi bagi Guru-Guru Matematik Tingkatan 4/5 pada 3 September 2013 hingga 5 September 2013 bermula 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Seorang guru Matematik dari setiap sekolah menengah yang mengajar Tingkatan 4/5 dikehendaki hadir dengan membawa komputer riba, huraian sukatan pelajaran Tingkatan 4 dan 5, buku teks Tingkatan 4 dan 5 serta bahan-bahan rujukan lain.
Tempat Kursus
Guru-guru Matematik dari daerah Seremban akan mengikuti kursus di SMK Warisan Puteri.
Guru-guru Matematik dari daerah Port Dickson akan mengikuti kursus di PPD Port Dickson.
Guru-guru Matematik dari daerah Jempol dan Jelebu akan mengikuti kursus di SMK Seri Jempol.
Guru-guru Matematik dari daerah Kuala Pilah akan mengikuti kursus di SMK Tunku Besar Burhanuddin.
Guru-guru Matematik dari daerah Rembau akan mengikuti kursus di PPD Rembau.
Guru-guru Matematik dari daerah Tampin akan mengikuti kursus di PKG Tampin.