Blogger news

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelerasan Seminar Kajian Tindakan akan diadakan pada Rabu 22 Mei 2013 bertempat di Unit Kurikulum JPNS. Harap maklum.

Aktiviti Biro ICT dan Komunikasi

Kursus Membina dan Mengurus Laman Blog telah diadakan di PKG Ampangan pada Rabu 6 Mac 2013.

Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi, KASTEK Sekolah-sekolah Negeri Sembilan

Karnival peringkat Negeri Sembilan telah diadakan pada 1 hingga 3 Julai 2013 bertempat di SMK Kg.Baru SiRusa dan SK Kg. Baru SiRusa, Port Dickson.

Aktiviti Biro Lawatan PPSMNS Tahun 2013

Biro lawatan akan mengadakan lawatan pengantarabangsaan ke Korea Selatan pada 3 hingga 8 Jun 2013. Anggaran kos lawatan 6 hari 4 malam adalah RM3750.Pendaftaran telah ditutup.Seramai 22 orang ahli akan menyertai lawatan tersebut.

Aktiviti Biro Kajian Tindakan dan Inovasi

Seminar Kajian Tindakan peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan diadakan pada 27 Jun 2013 bertempat di Politeknik Port Dickson. Sebanyak 21 kajian tindakan akan dibentangkan dalam seminar kali ini.

Selamat Datang ke Laman Blog PPSMNS

Laman ini didedikasikan kepada semua guru dan pencinta Sains dan Matematik tanpa mengira peringkat persekolahan. Ketua Bidang Sains dan Matematik sekolah menengah secara automatik menjadi ahli PPSMNS.

Wednesday 23 September 2015

Petrosains Science Show Competition 2015

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Petrosains Sdn. Bhd. telah meneruskan Pterosains Science Show Competition pada tahun 2015.
Penyertaan murid-murid dalam pertandingan ini diharap dapat mencungkil bakat dan potensi dalam bidang sains dan teknologi, membangunkan kemahiran hard and soft skills dan melengkapkan diri dengan pengetahuan multi-tasking ke arah mencapai misi negara.

Maklumat berkaitan pertandingan, tip pertandingan, syarat-syarat, format, borang penyertaan, hadiah yang ditawarkan, dan kebenaran menyertai pertandingan boleh dimuat-turun melalui laman sesawang http://www.petrosains.com.my/science-show-competition 

Pertandingan peringkat kebangsaan yang dijadualkan pada 9 dan 10 September 2015 masih belum dijalankan. Juara akan menerima wang tunai RM7,000 berserta barangan untuk sekolah bernilai RM13,000, piala pusingan dan plak serta sijil pencapaian. Naib Juara pula akan menerima wang tunai RM5,000 berserta barangan untuk sekolah bernilai RM 10,000, plak dan sijil penyertaan manakala pemenang tempat ketiga akan menerima wang tunai RM3,000 berserta barangan untuk sekolah bernilai RM7,000, piala pusingan dan plak serta sijil pencapaian.



Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada SMK Panchor, Seremban (Johan peringkat Negeri Sembilan) yang mewakili Negeri Sembilan ke pertandingan peringka kebangsaan itu. Tahniah ! Semoga berjaya menjadi Johan kebangsaan.

Monday 9 February 2015

Bengkel Penulisan Laporan Kajian Tindakan

Satu bengkel laporan kajian tindakan yang dikendalikan oleh Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Negeri Sembilan telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Tampin (PKG Tampin). Bengkel diketuai oleh AJK PPSMNS merangkap Penolong Pengarah Unit Kurikulum, JPNS, Encik Abdul Rahim bin Adam, 
Adalah diharapkan semua peserta-peserta yang menyertai bengkel ini dapat menulis dan menerbitkan laporan kajian tindakan yang berkualiti dan seterusnya dapat dibentangkan di dalam seminar-seminar yang berkaitan dengan kajian tindakan, misalnya di Kolokium Kajian Tindakan Institut Aminuddin Baki.